Make your own free website on Tripod.com

Biodata Diri

Dilahirkan pada 3 Ogos 1973 di kampung Chenderong Balai, Teluk Intan Perak dan diberi nama Saloma oleh ibu tersayang dengan panggilan manjanya Deq Siah.  Mempunyai adik-beradik seramai 11 orang, 4 lelaki dan 7 perempuan.  Merupakan anak bongsu yang menjadi harapan ibu-bapa.  Hidup dalam keluarga yang sederhana.  Ibu-bapa menjalankan perniagaan menjual kuih-muih dan lemang sebagai menu utamanya. 

Arwah abang telah meninggalkan kami pada usia 30 tahun kerana menghidap sakit paru-paru berair di Hospital Teluk Intan.  Sementara bapa turut meninggalkan kami menyahut panggilan Ilahi pada  tahun 1993 semasa saya sedang menunggu keputusan peperiksaan dari Politeknik Port Dickson.

Ibu tinggal bersama keluarga kakak di kampung.  Sekali-sekala beliau di bawa oleh anak-anaknya ke rumah mereka.  Saya pula menetap di Port Dickson dan berkeluarga.  Sebagai seorang anak, saya selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu serta adik-beradik dan juga untuk arwah abang dan bapa agar dicucuri rahmah oleh Allah yang maha esa.

 

HOME